Tuesday 5 April 2011

sejarah awal MANJUNG



Menurut Sejarah Melayu sebelum munculnya nama Negeri Perak terdapat suatu kuasa besar yang dinamakan sebagai Kerajaan Gangga Negara (atau Qastan Zarian) yang menakluki di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung.
Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna daripada Kedah
tetapi ada juga cerita yang menyebutkan bahawa kerajaan tua itu diwujud oleh Raja Khmers dari Negara Kemboja
so teori mana kita xtau la kn....
 Kerajaan Gangga Negara dinyatakan berpusat di Beruas dan telah wujud sebelum abad ke-8 Masehi.


-
-
-
-
-
Dalam tahun 890 seorang anak Raja keturunan dinasti Sailadra Jawa bernama Bolaputra telah menyerang dan mengalahkan Kerajaan Gangga Negara
Tetapi setelah berkahwin dengan puteri Raja Gangga Negara, Raja Bolaputra pun berundur
Pada kurun ke-11
 Kerajaan Gangga Negara sekali lagi diserang tetapi pada kali ini, oleh Raja Chola Rajendran I (atau Rajendran Chola Deva I dan Raja Suran) dan menyebabkan kemansuhan Kerajaan Gangga Negara


-
-
-
-
-
Kemudian itu wujudlah dua buah kerajaan iaitu Kerajaan Beruas dan Kerajaan Manjung
Kerajaan Beruas ini berpusat di Kampung Kota dan kerajaan ini sentiasa bersengketa dengan Kerajaan Manjung sehingga berperang
 Kerajaan Beruas turut meminta bantuan daripada Sultan Mahmud Shah pun menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjung dan mengalahkan Kerajaan Manjung dengan mudahnya
Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A’fifullah Shah ( Sultan Perak 33 ) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK,
Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin ( Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban)
Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka
Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka.
Pada zaman 1980an, daerah ini dikenali sebagai Daerah Dinding. Ia merupakan sebuah kerajaan yang purba yang sebesar dan sezaman dengan sebuah lagi kerajaan purba di Perak iaitu Beruas
Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut
Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah ( Lumut ) ditukar namanya kepada Port Iskandar
Sultan Perak juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai Orang Besar Jajahan
 Bagi memperingati peristiwa ini Masjid Al-Adli telah dibina melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Dinding kepada Kerajaan Perak
 Kini jajahan ini lebih dikenali sebagai Manjung
 Daerah Manjung merupakan sebuah unit pentadbiran yang merangkumi mukim Beruas dan Setiawan. Manjung yang dahulunya pernah menjadi jajahan takluk Beruas apabila pernah ditewaskan oleh Beruas dalam satu pertempuran
 kini memasukkan Beruas sebagai salah satu Untuk mengingati kembali kegemilangan kerajaan purba, jajahan yang dahulunya dikenali juga dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung pada 1 Januari 1982 yang mana ia merupakan satu unit pentadbiran yang juga merangkumi mukim Beruas dan Sitiawan. :)



-
-
-
-
-
-
-
-
-
Manjung yang dahulunya menjadi jajahan takluk Beruas apabila apabila ia dikalahkan oleh Beruas dalam satu pertempuran dengan bantuan bala tentera dari Melaka
kini memasukkan pula Beruas dibawah daerah pentadbirannya
Sehingga tahun 1935 jajahan itu tidak dianggap sebagai sebahagian daripada negeri Perak
 Lantaran itu pembangunan di situ berjalan agak lembab meskipun ia mempunyai banyak potensi yang boleh di majukan, khususnya dari segi perdagangan antarabangsa
Hanya selepas tahun 1935, barulah usaha untuk memajukan jajahan Dinding dipergiatkan tetapi tidak untuk menjadikan Lumut sebagi pelabuhan
 Ini disebabkan terikat dengan perjanjian sulit antara kerajaan negeri-negeri selat dengan kerajaan Perak di mana dipersetujui yang kerajaan Perak tidak akan berbuat demikian,
jika tidak jajahan Dinding tidak akan dikembalikan kepada Perak
Jajahan dinding dan Bandar Lumut sebagai pusat pentadbirannya mengambil masa yang agak panjang untuk membangun
 Hampir enam dekad lamanya baru ada usaha-usaha untuk mengembalikan kegemilangannya.
Tokoh terlibat Nahkoda Mohamad Taib adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan awal Daerah Manjung yang dahulunya dikenali dengan nama Daerah Dinding
 Sejarah bermula di Kuala Sepit di sekitar 1857
Beliau juga dikenali dengan nama Tok Noda telah mendapat perkenan dari Sultan Muazzam Shah untuk membangunkan Daerah Dinding setelah ramai yang gagal sebelum ini kerana serangan ganas pihak lanun. Dengan semangat dan iltizam yang tinggi beliau telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Laluan laut yang selamat telah menggalakkan para pedagang untuk ke Kuala Sepit dan bermulalah kemajuan dan kemakmuran Daerah ini.
-
-
-
-
-
so ini sedikit sebanyak tentang sejarah awal dingding atau manjung
bnyk lg nk cherita...
smbung nnti....
wslm

No comments:

Post a Comment