Tuesday, 5 April 2011

SOSIAL MASYARAKAT DI NEGARA THAILAND


Umumnya masyarakat di Asia Tenggara pada awalnya mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal
Sistem feudal membawa maksud satu bentuk kerajaan yang hanya dijalankan oleh individu tertentu yang bebas dari kawalan kerajaan pusat
Hierarki sosial masyarakat dalam sistem feudal adalah berbentuk piramid

Negara Thai

- Raja menduduki lapisan teratas diikuti oleh golongan bangsawan(nai),rakyat
yang bebas (phrai) dan hamba (that)
golongan sangha (sami Buddha) berperanan penting dalam sistem feudal Thai
raja Thai mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan
golongan nai berperanan sebagai pemimpin masyarakat dan memberi perlindungan kepada golongan phrai.
phrai menjadi symbol kekayaan dan kekuasaan politik golongan nai
that pula merupakan hamba kepada golongan nai dan phrai yang kaya
dua kelas that yang penting iaitu hamba berhutang dan hamba tawanan perang
golongan sangha mendapat pengiktirafan yang tinggi di kalangan masyarakat Thai dan menjadi penggerak agama Buddha dengan menjadi tenaga pengajar utama kepada ahli masyarakat Thai
kedudukan mereka lebih tinggi dan mulia di sisi masyarakat

No comments:

Post a Comment